orang malaysia gemuk??

dulu pernah ada kenalan perempuan dari vietnam, pandai berbahasa melayu sebab dah 3 tahun bekerjasama ngan kitorang.. sekarang dia dah balik vietnam la.. teringat pulak dulu bila kitorang kuar lepak- lepak dia selalu kata.. "kenapa ye orang malaysia ni gemuk - gemuk,pendek pulak tu... makan apa ye korang??" aku tengok dia...macam lawak je soalan dia.. aku tau la di cantik,kurus dan tinggi tapi ada ke semua perempuan vietnam macam dia.. mungkin dia betul kot,tapi  tak semua jugak kan?? aku tengok orang kita ok je.. ke aku tak pandai menilai atau memang aku tak pernah perasan selama ini..

bila pikir balik,ada jugak timbul persoalan ..
"betul ke apa yang dia cakap tu??"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW60B8oUty9xT5A_vTYSdRBXWMOurymcpMSzJWpP_UeMQE6oLR8RshMJWpP_1R4wop7if3VvXFTMdbHfYtq1tN1sy14LKBSRZ0YCJhmYtAa1vL2Sec-qPNWQt27mKousOoB7sJGesp3GD2/s1600/wanita-gemuk.jpg
gambar hiasan


p/s: entri ni takde kene mengene ngan sapa-sapa,so korang jangan terasa pulak ye..

!! SHARING IS GOOD !!

layan lagu lok..

[ sungai lui-aizat ] 


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

!! SHARING IS GOOD !!

aduhai isnin !!!

harini memang tak pikir nak update blog,memandangkan keje macam banyak je arini.. tapi rasanya aku tak leh terlalu stress sangat.. nanti jadi lapar pulak  *ada ke macam tu*.. lagi tak boleh wat keje.. so, bila dah separuh yang siap aku nak berehat kejap.. tu la timbulnya idea nak tulis entri ni.. 

isnin atau monday dalam bahasa inggeris nya merupakan hari yang paling aku tak suka.. membosankan.. dll
 sebabnya..
  •  hari pertama dalam tujuh hari
  • bila isnin tiba maknanya masih lama lagi nak tunggu hujung minggu *nak berehat konon*
  • malas nak pergi kerja sebab mood ahad masih ada lagi.. 
  • dan.. biasanya hari isnin la paling banyak kerja nak kena buat.. 
( gambar hiasan)

tengok... kerja berlambak tunggu giliran nak di selesaikan tapi tukang buatnya tengah break dulu.. :P

ape-ape pun semuanya tetap diselesaikan dengan sebaik mungkin kalau tak, nanti kena  bambu ngan boss jawapnya.. sesiapa yang bekerja pasti semua sedia maklum tentang tu. kan?? 
tapi kalau gaji jatuh pada hari isnin?? apalagi bersorakla..
aduhai isnin... haha..

okla.. masa rehat dah terlebih sudah tau.. nak sambung keje dulu ok..

 sekian.


 



!! SHARING IS GOOD !!

" kedai calon suami "

sebuah kedai yang menjual calon suami baru sahaja di buka di new york dimana wanita dapat memilih calon suaminya. diantara arahan-arahan atau peraturan yang ada di pintu masuk kedai itu ialah arahan yang menunjukkan bagaimana peraturan yang harus diikut untuk masuk ke dalam kedai tersebut.

 " ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA "

 kedai ini terdiri dari enam lantai,setiap lantai akan menunjukkan kelompok calon suami.semakin tinggi lantainya,semakin tinggi nilai lelaki tersebut.anda dapat memilih lelaki di lantai tertentu atau boleh memilih calon suami ke lantai berikutnya tetapi dengan syarat TIDAK BOLEH TURUN KE LANTAI YANG TELAH DIJEJAKI  kecuali untuk keluar dari kedai tersebut.
  
justeru pada satu hari,seorang wanita pun pergi ke kedai " suami " tersebut untuk mencari calon suaminya.

 LANTAI 1 : lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat kepada tuhan
[wanita itu tersenyum,kemudian dia naik ke lantai berikutnya]

 LANTAI 2 : lelaki dilantai ini memiliki pekerjaan,taat kepada tuhan dan suka pada anak kecil.
 [kembali wanita itu pada lantai seterusnya]

 LANTAI 3 : lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan,taat kepada tuhan,suka pada anak kecil dan peramah.
 [reaksi wanita itu... "  wow.. " tetapi fikirannya masih keliru untuk membuat pilihan dan dia terus naik ke tingkat seterusnya. lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan..]

 LANTAI 4 : lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan,taat kepada tuhan,suka anak kecil,peramah dan suka membantu kerja rumah.
 ["Ya Allah!" dia berseru,"aku hampir tak percaya." dan dia tetap meneruskan ke lantai 5 dan tulisan yang terdapat pada lantai itu ialah..:]

 LANTAI 5 : lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan,taat kepada tuhan,suka pada anak kecil,peramah,suka membantu kerja rumah dan memiliki sikap romantis

 3012
 tidak ada lelaki di lantai ini.lantai ini hanya semata-mata bukti bagi  wanita yang tidak pernah merasa puas dan terlalu memilih dalam mencari calon suami.
Terima kasih berbelanja di "toko calon suami"
Hati - hati ketika keluar toko dan semoga hari yang indah buat anda.
 Teks ini buat para lelaki lelucon... dan bagi para wanita yang harus bisa menerima kenyataan.. hehe.. hanya sekadar buat relaks..
[dia tergoda untuk berhenti tetapi kemudian dia melangkah terus ke lantai enam dan berharap ada tulisan lelaki kaya dan berharta.. tulisan yang tertera ialah....]

 LANTAI 6 : anda adalah pengunjung yang ke 4,363,012
 tidak ada lelaki di lantai ini.lantai ini hanya semata - mata bukti bagi wanita yang tidak pernah merasa puas..
 Terima kasih telah berbelanja di " kedai calon suami "
 Hati - hati ketika  keluar dari kedai ini dan semoga hari ini hari yang indah buat anda..

  p/s: jika anda faham cerita ini,anda pasti boleh buat kesimpulan sendiri..
           renungkanlah wahai kaum wanita..

sekian.

!! SHARING IS GOOD !!

obses cantik !!

 wanita sangat mengambil berat tentang kecantikan tak kira peringkat umur.. cantik itu subjektif sifatnya dan ia tak seharusnya hanya diukur melalui rupa paras atau penampilan fizikal semata.. namun entah dimana silapnya,ramai antara kita lebih mementingkan kecantikan luaran berbanding keperibadian seseorang ataupun kecantikan dalaman.. maka sebab itulah ada ramai individu di luar sana termasuklah remaja yang sentiasa berlumba-lumba untuk tampil lebih cantik.mereka yang kulit gelap ghairah mencuba produk pemutih,yang sudah putih pun nak putih lagi.. yang gemuk nak kurus langsing dan macam-macam lagi.. malah mereka yang sememangnya dianugerahkan dengan serba cantik pun masih ingin menambahkan kecantikan sehingga sanggup membuat pembedahan plastik atau mencuba pelbagai suntikan tanpa memikirkan tindakan tersebut boleh mengundang kemudaratan..
so kepada wanita,sememang bukan satu kesalahan pun untuk terus tampil cantik tetapi jangan terlalu obses.. sebaiknya besyukurlah dengan apa adanya kita..


p/s: walaupun lelaki memang senang terpikat dengan kecantikan tetapi itu bukanlah segalanya bagi mereka..
   

!! SHARING IS GOOD !!

mentor 5 : salma best!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQBr4ySgarBajwg4598p_YPeGSNkxmrFfRsgVBWO2Z9EALcUH6lStr0nNw3Xdo3_ppa1JkVXdISete0QXhd6cvWdX7-4IJr_m3i2jlvKRu-VMFT-OVfRLIKraqG5hIa1POgURn1z43pyM/s1600/Erra-Fazira-Salma.jpg
semalam memang terlebih sudah!! giloo tido sampai malam, nasib baik tak terlepas mentor.. tinggal 10minit lagi mentor nak mula tauu.. aku memang tunggu mentor kumpulan b ni.. nak tengok salma punya pasal..ingat salma bukan kerna aku suka tengok mentor dia yang cun melecun tu dan bukan jugak kerna dia budak sabah jiran sarawak tapi tak tau kenapa hati aku macam terdorong nak tengok perkembangan salma sejak dari sesi ujibakat lagi.. mula2 aku kesian tengok dia terlepas nombor giliran masa ujibakat tu tapi nasib erra bagi peluang dan mungkin dah rezeki dia kot sehingga erra pilih dia.. pas tu aku pulak emosi ngan mulut laser naz ahmad yang terlebih sudah tu.. sebab dia cakap salma kureng cantik masa minggu pengenalan.. tu la salma jadi tak yakin pada diri sendiri.. sehinggakan isu cantik tu jadi panas pulak padahal mentor tu pertandingan nyanyian jer.. sengal!! kalau tengok pon memang  tak dinafikan salma memang best,suaranya mantap .. tapi tak semestinya dia bagus  kan..??  seperti dia sendiri akui dia perlu juga belajar semuanya..  semoga dia berjaya dalam mengharungi cabaran mentor  tu dan yang penting dapat mengubah nasib keluarga seperti yang dia mahukan semasa sesi ujibakat januari lalu.. all da best salma..


!! SHARING IS GOOD !!

benarkah perkahwinan itu satu perjudian??

sebelum ini, pernah aku paparkan entri "perempuan lebih beruntung jadi kekasih".harini aku nak kongsikan kesinambungannya kisah itu.. kisah suami atau isteri kena rampas memang biasa kita dengar kan?? hal ini memang sukar untuk dibendung sebabnya ia kehendak kita sebagai manusia sendiri.. mana mungkin tuhan membenarkan kita merampas hak orang.. dah memang sifatnya kita sebagai manusia tak pernah puas dan tak tau nak bersyukur dengan apa yang dimiliki.. tapi.. jangan salah faham,hanya segelintir kita ada masalah seperti ini.. masa bercinta,berjanji sehidup semati tapi bila dah berumahtangga lain pulak ceritanya.. hati pulak mula menginginkan sesuatu yang lebih dari apa yang dimiliki.. ini hal yang bagus.. ada kemajuan dalam hidup tapi yang tak bagusnya ini melibatkan hati dan perasaan sehinggakan diri jadi buta,tak melihat benda itu berpunya atau tidak.. betulkan?? hal  ini mungkin masalah dari pasangan itu sendiri atau memang sifatnya.. suka merampas dan dirampas..
 mungkin inilah waktunya bagi andartu menadah tangan ke langit penuh syukur kerana mereka tidak perlu untuk merasa derita dan saat pahit bila suami dirampas wanita lain.. begitu juga dengan mereka yang belum dimiliki janganlah pula berasa patah semangat untuk meneruskan impian mendirikan rumahtangga.tidak dinafikan bukan semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan dan ingat juga bukan semua perkahwinan berakhir dengan kehancuran..  jadi benarlah jika kata pepatah - perkahwinan itu adalah satu perjudian.. nasib sabut timbul nasib batu tenggelam.. doa ku kepada mereka yang sedang mendirikan rumahtangga semoga bahagia itu selalu milik kalian..  buang yang keruh ambil yang jernih..

sekian.

!! SHARING IS GOOD !!

love "ungu"

i love everything about purple or "UNGU".. 

colour!!


and also music band "UNGU"

ungu Pictures, Images and Photos

exspecially pasha [vokalis ungu].. encem bangat!!

ungu Pictures, Images and Photos

dan jugak lagu2 dari kumpulan ungu


aku suka semua lagu dari kumpulan ungu.. sedap di dengar walaupun banyak lagu yang tangkap leleh punya tapi wat aku rasa tenang jee.. jangan salah faham,aku bukan jiwang tauuu... no.. no.. no.. no.. tak pandai lah.. cuma suka dengar je.. lebih2 lagi time nak tido.. layannn terus.. *mendodoikan,aku kan tak leh tido tanpa music*

pas ni nak tukar la background music blog ni.. macam dah lama je lagu aishiteru tu kedengaran di laman blog aku ni.. jom layann lagu ni pulak.. -dirimu satu- kasi karat cikit..





!! SHARING IS GOOD !!

..perempuan lebih beruntung jadi kekasih..


orang perempuan lebih beruntung jadi kekasih daripada jadi isteri.jangan salah faham,ini bukan pandangan aku sendiri tetapi pengakuan seorang teman berdasarkan pengalamannya dan  mungkin ini jugak turut dilalui oleh sebahagian daripada perempuan yang pernah,telah atau sedang bergelar isteri di dunia ini..
katanya,ketika bercinta semuanya indah,setelah menjadi isteri semuanya berubah..apabila dah tinggal serumah,hidup bersama pagi petang siang malam barulah di ketahui segala kejanggalan dan keganjilan lelaki yang selama ini di puja.sejak hari pertama cinta dimetrai segala-galanya bagai dalam filem hindustan,terasa sangat diri dihargai.. apa saja yang diminta pasti kekasih akan mencari sehingga dapat.malah cik abang bertekad untuk sanggup melakukan sesuatu yang bukan saja luar biasa tetapi tak masuk akal langsung..
 nama dalam sijil beranak dan kad pengenalan pon tidak digunakan dalam musim cinta sebab ada nama gelaran atau panggilan tidak rasmi untuk memaniskan lagi cinta.mula - mula di panggil "manja,love, manis, sweetheart,honey" seperti berada diawang - awangan  dan sesekali kedengaran geli geleman tetapi lama kelamaan panggilan itu jadi sebati pulak sampai nama sebenar sudah tidak perasan lagi.pendek kata musim cinta bersemi memang indah,kadang-kadang fantasi mengatasi realiti.

"AKU TERIMA  NIKAHNYA DENGAN..." demikian lafaz yang menamatkan zaman  cinta.Dan bermula saat itu,satu persatu yang berubah.semakin lama usia perkahwinan semakin lenyap fantasi musim cinta.kini,alam rumahtangga dilalui secara realiti bukan lagi fantasi.berapa lama panggilan tidak rasmi dialam cinta diteruskan?? sepanjang bulan madu masih hangat kedengaran  tetapi lepas habis musim bulan madu,panggilan itu makin jarang kedengaran malah nama-nama dalam kad pengenalan pulak semakin kerap digunakan..
malah,ketika isteri mengandung ada suami yang memanggil isteri dengan panggilan yang tak romantik langsung .. "mak buyung" dan sebagainya.tempoh mengandung adalah waktu yang paling kritikal.kebanyakan wanita rasa tercabar dan selera makan pon berubah,mengidam macam-macam.dulu bercinta,apa saja nak semua dapat tapi bila dah kawin.. mengidam benda yang pelik sikit suami dah menyindir-nyindir..waktu bercinta bersumpah sehidup semati tapi dah kawin nak bangun malam untuk buatkan susu "baby" pon "sang kekasih" sudah komplen. zaman bercinta dia tak pernah lupa hari jadi,setiapkali harijadi dia akan membelikan hadiah istimewa.apabila sudah menjadi isteri,suami lupa tarikh-tarikh penting termasuklah harijadi.. dan satu lagi,ketika menjadi kekasih dulu,cik abang akan mematuhi masa.kalau temujanji pukul 5,pukul 4.30 dah sampai tapi bila dah kawin,janji dengan isteri pukul 6 petang,pukul 7 malam pon tak sampai lagi.ada saja alasan untuk menutupi kelewatan itu.

kesimpulannya, mungkin ada benarnya orang perempuan  lebih beruntung jadi kekasih daripada menjadi isteri.namun.. percayalah apabila sudah berkahwin, suami memang tidak romantik macam zaman bercinta.tetapi rasa sayang terhadap isteri tidak akan hilang.orang lelaki tidak sentimental,mereka lebih praktikal.. jangan kecil hati,orang lelaki semua macam itu.

aku mohon maaf kalau ada dikalangan pembaca terasa atau tidak setuju dengan pandangan ini.aku faham tidak semua lelaki begitu kan?? tapi ini hanya pandangan teman ku... pandangan anda bagaimana?? terserah pada anda menilainya..

fakta pengantin

. sekian .

!! SHARING IS GOOD !!

jom join bloglist blogger baru

 

memandangkan blog aku masih baru dan tak glamor ,so aku nak try la join bloglist blogger baru ini.. harap aku masih lom terlambat untuk join.. kepada sesiapa yang masih nak join,jom la... syarat mudah sahaja..
  • buat entri bertajuk jom join bloglist blogger baru
  • masukkan gambar diatas dan link kan entri ini
  • kalau dah siap jangan lupa tingglkan link anda di ruangan komen pada entri ini     
maafla kalau aku tersalah info,for da best info better you visit to http://www.ahsfantasy24.com/ nak kuar kejap,got something to do.. im sorry..to be continue ..

sekian.

!! SHARING IS GOOD !!