benarkah perkahwinan itu satu perjudian??

sebelum ini, pernah aku paparkan entri "perempuan lebih beruntung jadi kekasih".harini aku nak kongsikan kesinambungannya kisah itu.. kisah suami atau isteri kena rampas memang biasa kita dengar kan?? hal ini memang sukar untuk dibendung sebabnya ia kehendak kita sebagai manusia sendiri.. mana mungkin tuhan membenarkan kita merampas hak orang.. dah memang sifatnya kita sebagai manusia tak pernah puas dan tak tau nak bersyukur dengan apa yang dimiliki.. tapi.. jangan salah faham,hanya segelintir kita ada masalah seperti ini.. masa bercinta,berjanji sehidup semati tapi bila dah berumahtangga lain pulak ceritanya.. hati pulak mula menginginkan sesuatu yang lebih dari apa yang dimiliki.. ini hal yang bagus.. ada kemajuan dalam hidup tapi yang tak bagusnya ini melibatkan hati dan perasaan sehinggakan diri jadi buta,tak melihat benda itu berpunya atau tidak.. betulkan?? hal  ini mungkin masalah dari pasangan itu sendiri atau memang sifatnya.. suka merampas dan dirampas..
 mungkin inilah waktunya bagi andartu menadah tangan ke langit penuh syukur kerana mereka tidak perlu untuk merasa derita dan saat pahit bila suami dirampas wanita lain.. begitu juga dengan mereka yang belum dimiliki janganlah pula berasa patah semangat untuk meneruskan impian mendirikan rumahtangga.tidak dinafikan bukan semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan dan ingat juga bukan semua perkahwinan berakhir dengan kehancuran..  jadi benarlah jika kata pepatah - perkahwinan itu adalah satu perjudian.. nasib sabut timbul nasib batu tenggelam.. doa ku kepada mereka yang sedang mendirikan rumahtangga semoga bahagia itu selalu milik kalian..  buang yang keruh ambil yang jernih..

sekian.

!! SHARING IS GOOD !!

2 comments:

  1. perkahwinan akan menjadi indah sekiranya suami isteri jujur terhadap pasangan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. walaupun adakalanya kejujuran itu menyakitkan..

    ReplyDelete