obses cantik !!

 wanita sangat mengambil berat tentang kecantikan tak kira peringkat umur.. cantik itu subjektif sifatnya dan ia tak seharusnya hanya diukur melalui rupa paras atau penampilan fizikal semata.. namun entah dimana silapnya,ramai antara kita lebih mementingkan kecantikan luaran berbanding keperibadian seseorang ataupun kecantikan dalaman.. maka sebab itulah ada ramai individu di luar sana termasuklah remaja yang sentiasa berlumba-lumba untuk tampil lebih cantik.mereka yang kulit gelap ghairah mencuba produk pemutih,yang sudah putih pun nak putih lagi.. yang gemuk nak kurus langsing dan macam-macam lagi.. malah mereka yang sememangnya dianugerahkan dengan serba cantik pun masih ingin menambahkan kecantikan sehingga sanggup membuat pembedahan plastik atau mencuba pelbagai suntikan tanpa memikirkan tindakan tersebut boleh mengundang kemudaratan..
so kepada wanita,sememang bukan satu kesalahan pun untuk terus tampil cantik tetapi jangan terlalu obses.. sebaiknya besyukurlah dengan apa adanya kita..


p/s: walaupun lelaki memang senang terpikat dengan kecantikan tetapi itu bukanlah segalanya bagi mereka..
   

!! SHARING IS GOOD !!

4 comments:

  1. saya pun setuju,jum ler join contest
    http://joethelsells.blogspot.com/2011/03/peraduan-suai-kenal-blog.html

    ReplyDelete
  2. storyfromme;memang betul kan..
    strawberry;ayuh berameh.. hoho..

    ReplyDelete