ABOUT ME

salam sejahtera dan salam kenal buat semua..



Nama mesra aku
" MOON "
sapa- sapa yang pernah,telah dan sedang kenal aku memang akan panggil aku dengan nama tu. Kalau sebut nama penuh aku mungkin ramai jugak yang terpinga, mengaku tak kenal pun mungkin ada.. sebab nama ku tak glamor jadi jarang kedengaran kecuali la atas urusan rasmi.

nama pena ku
" DAYANG SENANDUNG "
aku suka nama ni,sesuaila dengan diri aku sebab dalam keluarga memang aku la anak perempuan mak yang kelihatan gelap sikit la.. berbanding kakak aku yang putih melepak tu.. tapi aku bersyukur ada mak yang sangat pandai amik ati, selalu kata aku cantik dari kakak aku.. terima kasih mak. mak jangan risau aku terima diri aku seadanya yang penting aku sihat walafiat.

Aku seorang yang sempoi jer.. suka berkawan *tak kira awak sapa,yang penting ikhlas* ,sedikit gile2 dan juga  jenis yang kurang amik tau pasal orang lain,bagiku buang masa je tu.. jadi awas la sesiapa yang suka mengumpat tu tolong jauhi aku ye.. takut korang boring pulak kalau aku tak layan.. hehehe..

Aku masih single walaupun nampak macam mak2 orang je kan??
aku tak kisah korang cakap pe pun..
 Jadi status menyingle inilah yang memberi aku kesempatan untuk terus berceloteh di blog yang telah aku bina sejak 2011 lagi.Mungkin ada yang rasa pelik kalau tengok dashboard aku tertulis  ON BLOGGER SINCE MARCH 2013 kan?? sebenarnya aku baru je tukar email untuk blog ini atas sebab tertentu.

2011 tu satu tempoh yang agak lama kan..
sepatutnya aku dah banyak post dan followers tapi
aku bukannya blogger tegar sebab tu lah post aku rongak banyak. kalau ada masa atau idea baru aku update. Dan lagi satu,kalau ada yang tertanya tanya kenapa blog ni nampak simple je.. jawapannya memang aku nak blog aku dalam keadaan begini, tak suka terlalu meriah..

kalau sudi follow la blog ini

! teratak anak kampung !

 twitter aku pon boleh

@ciky4n9



sekian,terima kasih.



!! SHARING IS GOOD !!