PENGALAMAN KU

Melihat kerenah anak buah yang sibuk belajar komputer aku tetibe je flashback. 
ceritanya bermula dari 1 februari 2012.maaflah sebab aku baru nak post sekarang,sepanjang 2012 aku memang langsung tak update blog..sibuk ke ape aku pun dah lupa..

tanggal 01022012 aku dikehendaki melapor diri di sebuah jabatan kerajaan untuk jawatan tenaga pengajar dalam bidang ICT bagi penduduk luar bandar secara kontrak dan pada hari yang sama juga adalah hari pertama ku bekerja di kawasan luar bandar, mungkin tak pelik bagi orang lain tapi bagi aku yang jugak anak kampung ni agak janggal kerana aku biasa bekerja di kawasan bandar.

Pada hari pertama memang agak kelam kabut,nasib baik ada seorang kawan yang budiman sedia membantu menguruskan sesi lapor diri.Ditempat kerja pulak aku memang 100%  serabut dengan cara kerja dan persekitaran yang kurang menyenangkan.. Tapi syukurlah,berkat kesabaran hati.. aku berjaya menyesuaikan diri. Keselesaan mula terasa dengan kerjasama penduduk. 

Mengajar ICT bukan satu hal yang susah bagi orang yang biasa tapi bagi aku yang tak biasa mengajar ni jadi kekok banyak.Dahla yang diajar itu dari setiap peringkat usia maksudnya kanak sampai orang dewasa la..
kalau peringkat kanak-kanak senang sikit tapi yang dah dewasa atau kategori orang tua tu.... adoii dah macam dalam rancangan rajalawak je.. meriah dengan gelak ketawa sebab banyak perkara yang diaorang tak tau,la.. macam kita sebelum pandai pakai komputer dulu pun kelam kabut jugak kan.. begitulah diaorang..  
 
Apa pun aku bangga kerana telah berjaya menjadikan mereka celik IT walaupun diaorang mungkin tak sehebat kita tapi sekurang-kurangnya mereka tau asas dan kegunaan IT dalam kehidupan agar tidak ketinggalan.




~ gambar kandid anak murid ~

Disinilah aku banyak menimba pengalaman berharga bekerja bersama masyarakat.

sekian.








!! SHARING IS GOOD !!

2 comments:

  1. good... ulih meda latest news sida ia ila

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah semesti ya nya mr.J, diatu pun sida dah mayuh bisi fb. :-)

      Delete