MAKANAN KEGEMARAN KAUM DAYAK

Semua orang tahu sarawak adalah antara negeri yang didiami oleh pelbagai kaum. Jadi kalau dah namanya pelbagai kaum mestilah pelbagai bahasa, budaya, adat resam dan makanannya kan!!. Haaa..  arini aku nak share ngan korang semua tentang sebahagian makanan kegemaran kaum dayak/ iban. Tapi sebelum itu,aku terlebih dahulu mohon maaf. .aku sendiri kurang arif untuk terjemahkan setiap nama jenis makanan itu dalam bahasa melayu.kalau ada tersalah info tu ,betul-betulkan la ye. So korang boleh tengok dan namakan mengikut pengetahuan sendiri ye..

Antara - antara makanan kegemaran kaum dayak/ iban

umbut kelapa sawit
  umbut kelapa sawit atau dalam bahasa iban ialah " upa sawit " biasa dimasak dan dihidangkan semasa ada keramaian. Ianya boleh dimasak mengikut selera kita sendiri. Selain umbut kelapa sawit ini ada juga umbut lain ya boleh di makan seperti umbut kelapa,umbut apung,umbut nenas dan banyak lagi.

buah dabai
 Buah dabai ini sejenis buah yang boleh dihidangkan semasa makan tapi  jangan salah faham,buah ini boleh dibuat lauk dan jangan makan begitu sahaja ataupun bukan pencuci mulut tau... cara menyediakannya sangat ringkas cuma rendam dalam air panas untuk beberapa minit sahaja.Bila dah lembik boleh dimakan cicah sambal kicap.. sedap. Ada biji tau kena buangkan dulu nanti sembelit kalau tertelan. Buah Dabai ini sekarang sudah banyak cara menyedikannya,ada yang bungkus dalam plastik kemudian dijemur seharian.. dan ada jugak yang tenyeh sampai hancur kemudian goreng.. 

ulat sagu
 Ulat sagu ataupun dalam bahasa ibannya " tinduh/matar " ini hanya terdapat dia paokok apung. boleh dimakan mentah-mentah kalau berani,kalau tak berani goreng pun sodap..

terung masam
 Terung Masam atau lebih dikenali sebagai "terung iban" dikalangan masyarakat, Sejenis terung yang masam tapi sedap. Bila dah matang buahnya akan berwarna kekuningan.Tapi dalam gambar diatas masih muda rasanya pun masam kelat gitu.. haaa... 

asam paya
Buah  Asam Paya atau dalam bahasa ibannya "buah maram" ini biasa terdapat didalam hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok kelapa sawit tapi banyak duri. Rasa buahnya masam kelat tapi kalau dah matang ada rasa masam manis.. Buah asam paya ni biasa dibuat ulam waktu petang-petang.. Ada juga yang dijadikan jeruk..

buah kepayang
 Yang ini pulak Buah kepayang,maaflah untuk buah ini saya tak dapat nak view buahnya sebelum dimasak tapi aku rasa mungkin ada diantara korang yang pernah tengok buah ni kan.. buahnya bulat dan didalamnya macam ada biji. Biji- biji itu yang perlu dipecahkan untuk mendapatkan isi yang sebegini.. Kalau di sarawak orang biasa gunakan buah dan pucuk kepayang ini untuk dicampurkan ke dalam pekasam ikan atau daging biar rasanya sedap.. Masak begini pun sedap tau..

ok lah.. ini cuma diantaranya sahaja, sebenarnya ada banyak lagi makanan-makanan yang sedap.Orang sarawak pasti tau.. kalau ada diantara kawan- kawan yang terjumpa makanan diatas di pasar boleh beli dan cuba makan.. kalau nak rasa sebenar datanglah ke sarawak ye..

 sekian.


!! SHARING IS GOOD !!

No comments:

Post a Comment