kadangkala aku ingin merasa hidup seperti orang lain yang selalu dicintai, disayangi diberi perhatian dan segala bagai yang indah itu lah..
tapi masalahnya aku sendiri tak pernah berusaha untuk dapatkan orang yang boleh memberikan semua itu pada aku.
Andailah aku diberi peluang untuk memilih..
aku taknak cari "boyfriend" tapi aku nak cari "husband".
Aku rasa dia tak perlulah hensem giler dan hidup mewah,tapi kalau dapat orang yang segini memang bonuslah..
bagi aku cukuplah lelaki sederhana,sayang dan terima aku seadanya.. itupun aku dah bersyukur. Sebab aku sedar aku hanya seorang wanita biasa mana mungkin aku mengejar pelangi di awan.
Hidup biarlah sepadan .
Dan ada juga Kata orang kalau nak cari pasangan hidup carilah orang yang baik dan tinggalkan yang jahat/ buruk
tapi
aku kata carilah kebaikan dalam seseorang itu dan abaikanlah kejahatan/keburukan mereka kerana kita didunia ini "tiada yang sempurna"
dan
itulah tuhan mahukan kita saling melengkapi setiap kekurangan masing -masing.
"mudah-mudahan aku jumpa lelaki yang boleh terima aku seadanya.. amin."
No comments:
Post a Comment