Tarian ngajat adalah merupakan
identiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di
Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku
kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat
dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti
komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan
kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.Tarian Hari Gawai.Biasanya,
Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran
dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai ( Pesta
Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30%
daripada jumlah penduduk Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut
yang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun.Ngajat bagi orang-orang Iban
ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan selepas
musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka
kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan
tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Jenis Tarian ngajat
Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai
jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat
Ngalu Temuai (menyambut tetamu), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta (persembahan
ngajat Tradisional ).Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan
atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan
perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk
kepada tanaman padi.
Ngajat berbunuh
Di persembahkan oleh kaum lelaki dari
masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang
di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi
musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.
Ngajat Induk
Merupakan persembahan yang di persembahkan
oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta
adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di
persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti
seharian masyarakat Iban.
Ngajat Lesong
merupakan tarian yang di
persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di
benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari
lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di
tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di
persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )
Dipersembahkan bagi tujuan menyambut
kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika
upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh
banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta
Merupakan jenis tarian persembahan ngajat
yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara
sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.
Ngajat Pua Kumbu
Merupakan salah satu daripada jenis
persembahan yang terdapat dalam tarian
ngajat. Persembahan ngajat jenis ini
lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini
ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu
sebagai alat dalam persembahan mereka.
Gagung ( Baju Burung)
Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi
seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang
dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan
keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak
dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang
diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi
yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang
dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya
Rentak tarian
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas
bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama
iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu
di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan
musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Muzik/ Lagu Iringan
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat
seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh,
iaitu alat bertali seperti gitar.
Kesimpulan
Kini persembahan tarian ngajat yang
merupakan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan
Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialkan untuk
tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya di Sarawak.
sekian.
No comments:
Post a Comment