SELAMAT HARI GAWAI DAYAK

Arini lastday dah.. esok pagi aku balik sarawak dengan flight pukul 6.30am dari LCCT ke KIA. aku masih sempat buat persiapan terakhir sebelum balik esok.. perasaan ni memang tak dapat dijelaskan.. Walaupun perayaan gawai yang menjadi topik hangat buat masa ni tapi keterujaan ini lebih kepada perjumpaan keluarga dan sahabat handai yang sememangnya akan berkumpul di kampung halaman pada waktu ini..

Apa yang pasti, cuti kali ini aku ingin betandang ke kampung sabahat baik ku  dan mungkin akan tinggal disana beberapa hari untuk membantu membuat persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung 02 jun nanti. Itulah saat yang ku nantikan dimana aku akan bertemu dengan kawan2 yang telah lama terpisah kerana kami telah berjanji untuk sama2 menghadiri majlis tersebut.semoga segalanya berjalan lancar.

Menurut rancangan asal, esok aku akan meneruskan perjalanan seharian seorang diri.. Aku tak kisah pun sorang2 sebab dah biasa cuma kalau balik sorang ni memang sah la tak bawa barang banyak takut tak terbawa nanti.. esok juga aku akan buat banyak transit, nampak macam adventure sikit.. hehe..

beginila,jadual perjalanan aku esok yang aku plan. Bermula dari pukul 4am...

"seri kembangan - LCCT - KIA(kuching international airport) - kuching central -sri aman -Lubok Antu - my Long house."

entah pukul berapa agaknya aku sampai kampung. Jalan sorang ni kadang2 melenggang la jugak.. mungkin boleh melambatkan perjalanan.. semoga segalanya dipermudahkan untukku agar aku selamat sampai ke destinasiku.

Apapun,dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK kepada seluruh rakyat malaysia yang meraikannya tak kira dimana anda berada.. GAYU GURU GERAI NYAMAI..ooohaaa.. 

berbelanjalah berpada-pada dan berhati-hati dijalan raya atau dimana sahaja.. jangan lupa safety first.



dan juga.. SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMATAN bagi warga  sabah yang meraikannya..


!! SHARING IS GOOD !!

BALIK KAMPUNG LAGI

 Arini, esok, lusa yeaaaa balik kampung lagi.. aku tak sabar ni.tadi mak call dari kampung, jelas kedengaran riuh rendah bunyi suara budak2 dari corong henpon tu buat aku semakin berkobar nak balik.. tapi dalam masa yang sama aku sedikit sedih kerana terpaksa meninggalkan lelaki kesayangan aku kat sini.. dahla dia lebih rapat dengan aku dalam segala hal.Mudah-mudahan mummy dia boleh handle semua nanti sepanjang aku takde.

Ni lah dia lelaki kesayanganku.. anak buah ku.



!! SHARING IS GOOD !!

TRAGEDI BOT EKSPRESS KARAM

Tragedi bot ekspress  belaga - kapit yang karam pagi tadi masih mengganggu fikiran aku. Mujur jugak aku buka facebook aku tengok status kawan-kawan tentang tragedi itu dan aku baca BORNEO POST online tengahari tadi mengesahkan lagi berita tersebut.kalau tak mesti aku tak tau apa yang terjadi.. kesiannya,kesemua penumpang tu nak balik bercuti sempena perayaan gawai dayak 01 jun nanti.Aku turut terfikir jugak bagaimana nasib anak2 kecil yang menumpang bot ekspress tu.



http://www.theborneopost.com/2013/05/28/express-boat-sinks-near-belaga-2/

Sehingga kini aku masih menanti update dari kawan2 tentang berita tersebut.Mudah-mudahan ramai yang terselamat dan R.I.P buat mereka yang terkorban. Dalam hati berharap jugak agar kawan2 yang balik kampung harini bukan dari salah seorang penumpang bot ekspress tersebut.

 * walaupun aku tak naik bot tu untuk balik kampung tapi aku pulak yang fobia.*


!! SHARING IS GOOD !!

STAY HOME TODAY

salam sejahtera warga blog,semoga arini ceria hendaknya.. seperti yang kita sedia maklum ahad begini pasti  ramai  yang hang out kan.. apalagi bagi warga putrajaya dan kawasan sewaktu dengannya pasti berkunjung ke jom heboh arini.. tapi aku,walau dekat pun tak gi jugak.. macam malas je nak keluar ni. jadi satu hari ni aku teperuk kat rumah je lah layan tv bersama anak-anak buah.. jiwa aku dah sampai kampung waktu ni,yelah tak lama lagi  perayaan  GAWAI DAYAK akan menjelang tiba.. aku tengah menghitung hari nak balik sarawak je ni.. dapat jugak cuti,5 hari cukuplah asalkan dapat balik kampung.. hehe..
 buat masa ni aku stay home je.. berkepit dengan bantal busuk.. bila2 masa tetido dan bila2 masa jugak aku bangun.. berehat sakan..

si busyuk ku..

happy sunday to all of you..


!! SHARING IS GOOD !!

GAYA RAMBUT


Arini aku nak kongsikan gaya rambut untuk perempuan yang free hair atau yang pakai tudung tu pun boleh buat kat rumah.. * suke- suke je*  mana lah tahu  kot-kot ada yang macam aku ni yang selalu belek-belek majalah atau terjah youtube  semata-mata nak belajar ubah gaya rambut. Dan... ini sebahagian hasil carian aku untuk dikongsikan bersama kawan-kawan yang berminat.. 

GAYA 1

GAYA 2

GAYA 3

GAYA 4

GAYA 5

GAYA 6

GAYA 7

GAYA 8

GAYA 9
sumber amazing hairstyles
GAYA 10
korang boleh buat sendiri dengan cara tersendiri.. yang penting cantik menarik..


selamat mencuba termasuk aku sendiri lah hehe...



!! SHARING IS GOOD !!

HANG OUT

Perempuan ni memang tak boleh lapang sikit,kalau lapang je mula lah halo- halo sana sini cari kawan.. Kalau tak housekeeping kat umah mesti sibuk dok mengajak kawan-kawan datang rumah atau pegi rumah kawan.. tapi bagi yang masih bujang macam aku ni of cause memilih hang out jerr... tak kiralah ujung minggu ke tak yang penting member-member free.. memang tak ramai tapi tetap ade jugak yang macam aku ni kan..
 Petang tadi sempat keluar dengan 3 orang member.. kata nak keluar jejalan je setelah penat kerja seharian.. kitaorang pilih hang out kat mall je boleh cuci mata sikit..konon la.. bila semua dah rojer jumpa jugak akhirnya..apa-apa pun..


yang penting cari makan dulu sebelum meneruskan agenda lain untuk tambah tenaga bejalan..



tak cukup makan nasi nak makan sushi jugak... alahaii.. sushi ni daripada aku tak suka dulu jadi kegemaran pulak sekarang ni.. abis asal keluar aje  mesti bedal sushi ni..

setelah selesai makan apalagi .. kaki ni start lah ronda-ronda konon tapi akhirnya tetap jugak menyumbang sen kat kedai tu.. memang selalu gitulah kadang-kadang datang nya nak beli baju jer..tapi  sempat aje terjah kedai kasut.. tapi memang aku ngan member-member aku minat sangat dengan kedai kasut.. tak kiralah nak beli ke tak tetap nak jenguk jugak sepertinya nak bayar hutang kat situ je... dan biasanya keluar dari kedai tu tak pernah dengan tangan kosong.Memang patut pun sales girls dan boss nya tersenyum lebar jer kalau kami masuk... income tuuu...

seperti di panggil je nak masuk..

benda ni seperti wajib je nak tengok..
Sebelum tergoda tengok kasut yang berlambak tu cepat-cepat aku ajak diaorang balik.. alasan penat tapi sebenarnya masih beringat.. pun tetap juga bawa buah tangannya.. bila member sorang tersengih memeggang beg plastik berisi kasut..

Ternyata perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan dunia shopping ni kan.. tipu lah kalau ada yang kata tak minat shopping.. yang penting selagi ada sen selagi tu ada shopping..





!! SHARING IS GOOD !!

TATU

Aku tak tahu kenapa..  jika ada yang bercerita pasal tatu aku amat berminat untuk tahu seolah-olah aku pun mempunyai tatu tapi sebenarnya aku langsung takde tatu walau sebesar kuman pun.. Walaupun begitu aku memang teringin nak buat tatu.. satu cukuplah.. masalahnya aku takut sakit sebab itulah aku tak buat sampai sekarang. kalau korang nak tahu zaman dulu tatu ni lambang keberanian tau.. sebab tu aku sedikit kagum tengok perempuan yang betatu selain cantik diaorang berani.. beranilah tahan sakit buat tatu tu hehehe.. Amalan tatu  ini lebih glamor dikalagan lelaki sahaja tapi itu dulu lah.. sekarang ni perempuan pun ramai yang bertatu untuk kelihatan cantik.. dan rasanya semua orang dah anggap tatu ni seperti budaya semasa.. siap jual kat Mane aje pun kan??




sumber tattooed girls magazine


Namun bagi masyarakat iban tatu atau kelingai(dlm bhs iban)  ini mempunyai cerita tersendiri.. walaupun kita memang anak jati sarawak tapi mungkin ada diantara kita lupa atau  tak tahu tentang amalan tatu  ni. so disini aku nak share ngan korang tentang tatu bagi masyarakat iban. mari kita sama-sama preview dokumentari ini, mungkin korang lebih faham.. 




Bilalah aku ni dapat buat tatu ni agaknya ye.. 



!! SHARING IS GOOD !!

DIKEJAR MERCUN

Tengah aku syok tengok movie tetiba aku dikejutkan bunyi kuat dari dapur.. ingatkan bunyi mercun ke tong gas meletop ke pe hehe.. rupanya anak buah aku yang kecik bongkar barang mainan nya.. mengejutkan je.... tetibe aku tergelak sorang..  tercuit hati ku teringatkan insiden anak buah ku dikejar mercun roket masa krimas tahun lalu..
cerita nya begini....
(mercun roket)
 petang tu selepas abis time makan-makan,aku dan beberapa orang anak buah aku pergi main mercun kat belakang dapur .Kebetulan  kat belakang dapur tu ada ruang legar yang agak luas kira tempat sesuai untuk main mercun. kami siap agihkan bunga api  untuk setiap orang biar sama merasa keseronokan  dan last sekali kami bercadang nak terbangkan mercun roket. Dengan bantuan abang sepupu aku maka mercun roket pertama terbang dan meletup dengan sempurna.. Kemudian masing-masing berebut nak terbangkan mercun roket yang kedua pulak,akhirnya anak buah aku yang tolong bakar.
 TIBA -TIBA...
 Entah tak tau dimana silapnya mercun tersebut terbang masuk ke dalam rumah. Apalagi mereka yang tengah sedap borak-borak dalam rumah tu bertempiaran lari. Keadaan masa tu memang kelam kabut.. aku yang memang berada kat luar pun turut menjerit melihat mencun itu seperti mengejar anak buah aku yang sedang belari sambil menangis ketakutan kerana mercun tu betul-betul meluru ke arahnya..  tapi tak sempat sampai ruang tamu mercun pun meletup.kuatnye bunyi mercun tu... kemudian suara mak dan yang lain-lain marah pun meletup-letup. semua yang berada kat luar termasuk aku hanya diam sambil memandang antara satu sama lain seperti mencari kepastian dimana kesilapan bermula.. nasib baik tiada apa-apa yang tak diingini berlaku namun perasaan takut tetap menyelubungi.. setelah keadaan kembali reda kami masih sempat ketawa sembunyi-sembunyi walaupun hati masih berdebar dan muka yang masih pucat lesi tapi memang melucukan. tak pasal-pasal kerana sebatang mercun kecoh satu rumah . 
sejak dari itu aku agak fobia dengan mercun tak kira la apa jenis mercun pun..



!! SHARING IS GOOD !!

I'M IBANEZ

Today i want to share with you all about the history of etnic iban you probably never knew.
But this time i just presented via video from youtube.
Let's preview together,maybe can help us in general knowledge.



Ibanez tagline
"I WILL FIGHT AS LONG AS ALIVE"
 (AGI IDUP AGI NGELABAN - iban version)

i'm proud to be ibanez @ sarawakian!! 




!! SHARING IS GOOD !!

HARI IBU


Aku pasti mesti ada diantara kita yang tak tau atau lupa bila "HARI IBU @ MOTHERS DAY " kan.. untuk pengetahuan semua,kita akan meraikan hari ibu pada setiap hari ahad minggu kedua di bulan mei. so untuk tahun 2013 ini negara kita akan meraikan hari ibu pada 12 mei 2013. Tarikh hari ibu ini akan berubah setiap tahun mengikut kalender negara masing-masing




!! SHARING IS GOOD !!

AGENDA CUTI KU

 CUTIIIII....tiada lagi kegembiraan selain itu apatah lagi aku bercuti di kampung halaman ku di sarawak... seminggu, itupun masih tak puas untuk aku berehat.Sejak bertukar kerja aku terasa kurang rehat.Nak kata busy sangat pun tak jugak tapi rasanya macam takde masa je.Entah tak tahu aku buat apa je.. 
Ni aku dapat cuti pun dengan alasan nak hantar mummy balik kampung.. mummy pun dah hampir setahun stay seri kembangan ngan kitorang dan yang kelakarnya cuti aku tak sampai time mengundi pulak sebab 01 mei aku dah balik KL. Semua tanya kenapa tak sampai mengundi sekali.. SEBENARNYA.. aku beli tiket flight ni sebelum tarikh mengundi diumumkan, nak tukar susah pulak sebab cuti pun dah aproved mengikut tarikh tiket tu.so nak taknak tak mengundilah tahun ni..  
Sebelum balik kampung  mum ajak aku singgah kat rumah uncle aku di area siburan.. Untuk tidak menghampakan dia aku pun bawalah si mummy ni pergi melawat uncle yang kurang sihat  sebelum ni tapi sekarang syukurlah dia dah beransur pulih. Ingatkan nak singgah semalam je tapi auntie tak bagi balik pulak,dahla aku cuti seminggu je.. sedar tak sedar aku dah  4 malam di rumah uncle. wow dahla tu 1st time aku datang,skali datang long stay pulak.. 
masa kat situ memang takde bezanya dengan kampung sendiri cuma kampung aku masih fresh dikelilingi kehijauan hutan.kampung uncle agak moden sebab dekat dengan bandar. Aku sempat pergi meronda kampung dengan kakak ipar.Pas tu cari pucuk paku pakis dan lemiding..  esok arinya cari "kerikap" sejenis siput yang dicari di tepi sungai.. seronoknya..
 kalau bab hutan-hutan ni aku memang tak kekok langsung sebab aku pun anak kampung. Tak kira berapa lama aku stay kat bandar aku tetap rindu meredah hutan,aku lebih suka makan makanan ala rimba.. memang aku sanggup cari paku pakis,lemiding,rebung dan banyak lagi sayur kampung yang sedap dimakan.
Masuk hari ke 5 aku ngan mum balik kampung aku sendiri. Bertolak pukul 6pg sampai kampung pukul 10pg,tak jauh.. kampung ku di Lubok Antu je.

 sesampai je rumah aku pun pergi join abang aku pergi ladang kelapa sawit nya.. wahh macam tak percaya je,aku langsung tak rehat.. Tapi aku masih kuat pulak nak angkat dua tandan kelapa sawit tu dengan raga.  
aku dah biasa sebenarnya, dari dulu lagi aku tak pernah merasa jijik dengan persekitaran aku,kira masih sedar asal usul diri la.. Malah aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekalipun ianya tak sehebat yang orang lain miliki kerana aku tau betapa susahnya nak dapatkan sesuatu perkara yang kita nak jika tanpa usaha.. bukan nak tunjuk baik tapi realiti tau.. 

Keesokkan harinya aku ingat boleh rehat tapi malang nya aku kena tolong orang buat persiapan untuk hari seterusnya dimana kampung ku terpilih sebagai tempat belia - belia mengadakan aktiviti sukan dan juga kempen sempena PRU13.. Oleh Kerana taknak terhegeh nak kejar flight 01 mei maka 30hb tu aku balik kuching,tumpang  tidur kat umah kawan semalam. Dan paling best kami sempat kami buat reunion.
Dan hari ke 7 iaitu 01 mei aku berlepas dari kuching ke Kuala Lumpur.
Hujung mei ni balik cuti lagi yeahhh.. walau dapat cuti untuk beberapa hari je aku tetap balik jugak.
" PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK "

sekian.





!! SHARING IS GOOD !!

SESI KESIHATAN

 cuti seminggu aku balik kampung.. sempat jugak aku pergi melihat pameran kesihatan di sebuah dewan yang berhampiran.. banyak benda yang boleh dipelajari terutama sekali dalam bab pemakanan. Aku kan agak cerewet dalam bab makan,rasanya memang patut aku tau semua tu. aku ade jumpa juga poster-poster begini untuk tatapan umum..





amalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan yang berkhasiat..


!! SHARING IS GOOD !!

NICE PLACE

wow I cant imagine if malaysia have a place like the philippines that has a restaurant at the foot of a waterfall. must I was one of their visitors .. see how his creative enough to think they can be a place where so relaxed.

Here at the Villa Escudero restaurant you eat barefoot in water from the waterfall! Quezon Province, Philippines.

>believe it or not<


!! SHARING IS GOOD !!

PANORAMA

just shared you..



home tree 

JACOB'WELL IN WIMBERLEY,TEXAS

cute cabin

Amazing Brimham Rocks, England

Dining Pod at Soneva Kiri Resort - Island of Ko Kood, Thailand

Ozark National Park, Arkansas

Home hidden in the alps Ebenalp, Switzerland

Red Beach – Panjin, China




!! SHARING IS GOOD !!