AGENDA CUTI KU

 CUTIIIII....tiada lagi kegembiraan selain itu apatah lagi aku bercuti di kampung halaman ku di sarawak... seminggu, itupun masih tak puas untuk aku berehat.Sejak bertukar kerja aku terasa kurang rehat.Nak kata busy sangat pun tak jugak tapi rasanya macam takde masa je.Entah tak tahu aku buat apa je.. 
Ni aku dapat cuti pun dengan alasan nak hantar mummy balik kampung.. mummy pun dah hampir setahun stay seri kembangan ngan kitorang dan yang kelakarnya cuti aku tak sampai time mengundi pulak sebab 01 mei aku dah balik KL. Semua tanya kenapa tak sampai mengundi sekali.. SEBENARNYA.. aku beli tiket flight ni sebelum tarikh mengundi diumumkan, nak tukar susah pulak sebab cuti pun dah aproved mengikut tarikh tiket tu.so nak taknak tak mengundilah tahun ni..  
Sebelum balik kampung  mum ajak aku singgah kat rumah uncle aku di area siburan.. Untuk tidak menghampakan dia aku pun bawalah si mummy ni pergi melawat uncle yang kurang sihat  sebelum ni tapi sekarang syukurlah dia dah beransur pulih. Ingatkan nak singgah semalam je tapi auntie tak bagi balik pulak,dahla aku cuti seminggu je.. sedar tak sedar aku dah  4 malam di rumah uncle. wow dahla tu 1st time aku datang,skali datang long stay pulak.. 
masa kat situ memang takde bezanya dengan kampung sendiri cuma kampung aku masih fresh dikelilingi kehijauan hutan.kampung uncle agak moden sebab dekat dengan bandar. Aku sempat pergi meronda kampung dengan kakak ipar.Pas tu cari pucuk paku pakis dan lemiding..  esok arinya cari "kerikap" sejenis siput yang dicari di tepi sungai.. seronoknya..
 kalau bab hutan-hutan ni aku memang tak kekok langsung sebab aku pun anak kampung. Tak kira berapa lama aku stay kat bandar aku tetap rindu meredah hutan,aku lebih suka makan makanan ala rimba.. memang aku sanggup cari paku pakis,lemiding,rebung dan banyak lagi sayur kampung yang sedap dimakan.
Masuk hari ke 5 aku ngan mum balik kampung aku sendiri. Bertolak pukul 6pg sampai kampung pukul 10pg,tak jauh.. kampung ku di Lubok Antu je.

 sesampai je rumah aku pun pergi join abang aku pergi ladang kelapa sawit nya.. wahh macam tak percaya je,aku langsung tak rehat.. Tapi aku masih kuat pulak nak angkat dua tandan kelapa sawit tu dengan raga.  
aku dah biasa sebenarnya, dari dulu lagi aku tak pernah merasa jijik dengan persekitaran aku,kira masih sedar asal usul diri la.. Malah aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekalipun ianya tak sehebat yang orang lain miliki kerana aku tau betapa susahnya nak dapatkan sesuatu perkara yang kita nak jika tanpa usaha.. bukan nak tunjuk baik tapi realiti tau.. 

Keesokkan harinya aku ingat boleh rehat tapi malang nya aku kena tolong orang buat persiapan untuk hari seterusnya dimana kampung ku terpilih sebagai tempat belia - belia mengadakan aktiviti sukan dan juga kempen sempena PRU13.. Oleh Kerana taknak terhegeh nak kejar flight 01 mei maka 30hb tu aku balik kuching,tumpang  tidur kat umah kawan semalam. Dan paling best kami sempat kami buat reunion.
Dan hari ke 7 iaitu 01 mei aku berlepas dari kuching ke Kuala Lumpur.
Hujung mei ni balik cuti lagi yeahhh.. walau dapat cuti untuk beberapa hari je aku tetap balik jugak.
" PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK "

sekian.





!! SHARING IS GOOD !!

2 comments: