SELAMAT HARI GAWAI DAYAK

Arini lastday dah.. esok pagi aku balik sarawak dengan flight pukul 6.30am dari LCCT ke KIA. aku masih sempat buat persiapan terakhir sebelum balik esok.. perasaan ni memang tak dapat dijelaskan.. Walaupun perayaan gawai yang menjadi topik hangat buat masa ni tapi keterujaan ini lebih kepada perjumpaan keluarga dan sahabat handai yang sememangnya akan berkumpul di kampung halaman pada waktu ini..

Apa yang pasti, cuti kali ini aku ingin betandang ke kampung sabahat baik ku  dan mungkin akan tinggal disana beberapa hari untuk membantu membuat persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung 02 jun nanti. Itulah saat yang ku nantikan dimana aku akan bertemu dengan kawan2 yang telah lama terpisah kerana kami telah berjanji untuk sama2 menghadiri majlis tersebut.semoga segalanya berjalan lancar.

Menurut rancangan asal, esok aku akan meneruskan perjalanan seharian seorang diri.. Aku tak kisah pun sorang2 sebab dah biasa cuma kalau balik sorang ni memang sah la tak bawa barang banyak takut tak terbawa nanti.. esok juga aku akan buat banyak transit, nampak macam adventure sikit.. hehe..

beginila,jadual perjalanan aku esok yang aku plan. Bermula dari pukul 4am...

"seri kembangan - LCCT - KIA(kuching international airport) - kuching central -sri aman -Lubok Antu - my Long house."

entah pukul berapa agaknya aku sampai kampung. Jalan sorang ni kadang2 melenggang la jugak.. mungkin boleh melambatkan perjalanan.. semoga segalanya dipermudahkan untukku agar aku selamat sampai ke destinasiku.

Apapun,dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK kepada seluruh rakyat malaysia yang meraikannya tak kira dimana anda berada.. GAYU GURU GERAI NYAMAI..ooohaaa.. 

berbelanjalah berpada-pada dan berhati-hati dijalan raya atau dimana sahaja.. jangan lupa safety first.



dan juga.. SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMATAN bagi warga  sabah yang meraikannya..


!! SHARING IS GOOD !!

2 comments:

  1. Selamat Hari Gawai ye..
    hope selamat sampai kat kg ye (:
    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2013/05/lalalalaaaa.html

    ReplyDelete