Tengah aku syok tengok movie tetiba aku dikejutkan bunyi kuat dari dapur.. ingatkan bunyi mercun ke tong gas meletop ke pe hehe.. rupanya anak buah aku yang kecik bongkar barang mainan nya.. mengejutkan je.... tetibe aku tergelak sorang.. tercuit hati ku teringatkan insiden anak buah ku dikejar mercun roket masa krimas tahun lalu..
cerita nya begini....
(mercun roket) |
petang tu selepas abis time makan-makan,aku dan beberapa orang anak buah aku pergi main mercun kat belakang dapur .Kebetulan kat belakang dapur tu ada ruang legar yang agak luas kira tempat sesuai untuk main mercun. kami siap agihkan bunga api untuk setiap orang biar sama merasa keseronokan dan last sekali kami bercadang nak terbangkan mercun roket. Dengan bantuan abang sepupu aku maka mercun roket pertama terbang dan meletup dengan sempurna.. Kemudian masing-masing berebut nak terbangkan mercun roket yang kedua pulak,akhirnya anak buah aku yang tolong bakar.
TIBA -TIBA...
Entah tak tau dimana silapnya mercun tersebut terbang masuk ke dalam rumah. Apalagi mereka yang tengah sedap borak-borak dalam rumah tu bertempiaran lari. Keadaan masa tu memang kelam kabut.. aku yang memang berada kat luar pun turut menjerit melihat mencun itu seperti mengejar anak buah aku yang sedang belari sambil menangis ketakutan kerana mercun tu betul-betul meluru ke arahnya.. tapi tak sempat sampai ruang tamu mercun pun meletup.kuatnye bunyi mercun tu... kemudian suara mak dan yang lain-lain marah pun meletup-letup. semua yang berada kat luar termasuk aku hanya diam sambil memandang antara satu sama lain seperti mencari kepastian dimana kesilapan bermula.. nasib baik tiada apa-apa yang tak diingini berlaku namun perasaan takut tetap menyelubungi.. setelah keadaan kembali reda kami masih sempat ketawa sembunyi-sembunyi walaupun hati masih berdebar dan muka yang masih pucat lesi tapi memang melucukan. tak pasal-pasal kerana sebatang mercun kecoh satu rumah .
sejak dari itu aku agak fobia dengan mercun tak kira la apa jenis mercun pun..
No comments:
Post a Comment