Tragedi bot ekspress belaga - kapit yang karam pagi tadi masih mengganggu fikiran aku. Mujur jugak aku buka facebook aku tengok status kawan-kawan tentang tragedi itu dan aku baca BORNEO POST online tengahari tadi mengesahkan lagi berita tersebut.kalau tak mesti aku tak tau apa yang terjadi.. kesiannya,kesemua penumpang tu nak balik bercuti sempena perayaan gawai dayak 01 jun nanti.Aku turut terfikir jugak bagaimana nasib anak2 kecil yang menumpang bot ekspress tu.
http://www.theborneopost.com/2013/05/28/express-boat-sinks-near-belaga-2/ |
Sehingga kini aku masih menanti update dari kawan2 tentang berita tersebut.Mudah-mudahan ramai yang terselamat dan R.I.P buat mereka yang terkorban. Dalam hati berharap jugak agar kawan2 yang balik kampung harini bukan dari salah seorang penumpang bot ekspress tersebut.
* walaupun aku tak naik bot tu untuk balik kampung tapi aku pulak yang fobia.*
No comments:
Post a Comment