semalam yang best..

semalam sempat jugak pergi pesta layang2 di pasir gudang.selama berada di johor,semalam la fisrt time tengok pesta tu sedangkan itu dah kali ke berapa dah diadakan.. tapi memang best la tambahan pulak ia turut disertai oleh negara2 lain... masing2 mempamerkan kreativiti dengan layang2 yang pelbagai bentuk dari kecik hingga besar.. semua melayang2 diudara.. terasa bermain dialam fantasi pulak..  ramai pengujung yang datang menyaksikan pesta tu sampaikan parking pon dah penuh.. ada yang parking kat tepi jalan je.. jauh tuuu.. nak jalan kaki masuk ke padang.. nak tengok dekat2 punya pasal... padahal dari jauh pon boleh tengok.. layang2 tu kan melayang di ruang udara.. semua boleh tengok punya... haha..
balik dari pesta layang2 terus dapat surprise dari kakak.. sambut belated birthday..huhu. tapi kali ni special sikit coz sambut sekali ngan nephew aku yang kebetulan birthday dia dalam bulan ni jugak.. segan pulak nak tiup lilin ni.. macam budak2 je.. tengok lilin tu dah banyak tu... tapi tu kombine umur nephew aku.. haha.. kalau aku sorangggg... tok deyy aku.. haha.. apa2 pun thanks a lot for my sister and famili.. 

!! SHARING IS GOOD !!

No comments:

Post a Comment