koleksi ku

fuhh.. first entri untuk februari ni, aduhai.. macam bzy je,padahal tengah cuti ni *bzy tido*.. ari ni memang agak bzy la kononnya.. kemas-kemas bilik tido yang dah lama rasanya aku tak usik lagi.ari-ari penat.. balik keje nak tido pulak.ini bukan bermaksud malas sebabnya aku masih rajin lagi nak pergi keje *angkat bakul sendiri*  tapi keadaan tempat kerja ngan keje nya sekali buat aku jadi terlalu penat,so takde masa nak belek2 bilik tido ni..
arini,sementara ada kesempatan ni aku geledah bilik tido sendiri,apalagi..abis masa satu ari ni untuk update mana2 yang patut.. sambil2 tu belek2 jugak koleksi2 yang ada..



ni sebahagian daripada majalah dan novel yang aku kumpul dalam bilik ku.. time free je pasti belonggok benda-bende ni kat tepi katil.. nak refresh *padahal bosan*. 


aa.. buku resepi pun de!! ni kawan aku yang hadiahkan masa bulan ramadan tahun lepas.. aku suka ngan masakan orang melayu,sedapla.. nak cuba buat tapi tak jadi plak.. haha.. tu yang kawan bagi buku ni,buat rujukkan kononnya tapi resultnya masih sama-fail.. *nampak sgt tak pandai masak :p*


 pehh!! ramainya.. mereka ni rakan kongsi bilik tido aku.. semua ni  pemberian dari kawan -kawan sempena harijadi dan sebagainya..  kemeriahan mereka kat bilik aku la, selalu buat anak buah aku geram sampai sanggup curi2 masuk bilik untuk bermain ngan diaorang.. tengokla mata pooh aku pun dah hilang dia kerja kan.. *ciannya* tapi tak pe,yang penting anggota badannya masih normal.

mm okla,ni je yang sempat aku kongsikan,yang lain tak sempat fotoshot...*poyo je* mata dah ngantuk. bubuy..



!! SHARING IS GOOD !!

2 comments: