MAJLIS PERKAHWINAN BFF KU

... moment percutian ku.. maafla lambat nak post,masih mood gawai sebab tu malas nak update entri ni..

01 jun 2013
Tahun ni kali pertama aku merayakan perayaan gawai  kat kampung lain. memang terasa lain je.. nasib baik la aku sempat menyambut  jam 12 malam bersama keluarga ku. mungkin beginila rasanya bila dah kahwin kelak terpaksa berbagi hari untuk menyambut perayaan..
 semua ni gara2 nak menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik ku yang berlangsung 02 jun di sg.Anus,selangau. memandangkan kampung kami berjauhan aku dan seorang lagi kawan ku " cik lan" terpaksa pergi awal sambil tu tolong diorang buat persiapan.
 01 jun,pukul 8:30pagi lagi dah keluar rumah sebab nak pergi selangau kena naik bas dari pasar Lubok Antu tapi yang pelik bas pulak yang tunggu kami berdua.. hahaha.. terlambat la tu.. untung kat tempat sendiri,kalau kat bandar jangan harap bas nak tunggu kita.. kena tinggal la alamatnya kan..

sampai je kat rumah kawan terus busy tolong diorang.. apa lagi mula la bab masak memasak dan hias-menghias. Kira bernasib la sebab kehadiran kami berdua menambahkan mereka yang ada untuk membantu keluarga  cik wen menyiapkan segala nya.

 02 jun 2013

pasangann pengantin
wajah2 yang berkerja keras 

cik lan sempat pose sementara menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki.

abah dan mak cik wen mengalukan kedatangan rombongan pengantin lelaki

mereka yang memainkan  "Taboh iban" untuk menyambut ketibaan tetamu

adat niki pengabang (menyambut tetamu) - minum tapai dalam mangkuk
BFF - aku, wen n lan

bersama mempelai

sekitar majlis persandingan

bergambar bersama keluarga
syukur majlisnya berjalan lancar seperti yang dirancang dan juga meriah.

03 jun 2013
aku dan cik lan balik ke LA dalam keadaan penat setelah bersuka ria semalaman. Dahla musim perayaan bas banyak yang penuh tak dapat nak tunggu tepi jalan lagi dah... Nak tak nak kami berdua naik bas ke sibu kemudian dari sibu amik bas lain untuk balik ke LA..

sempat bergambar bersama adik kepada cik wen (tengah) dengan muka yang tak cukup tido

kenangan terindah bersama sahabat ku.entah bila kami akan berjumpa lagi kerana kami berkerja ditempat berasingan.. Aku di selangor,lan di johor dan wen  di sarawak. semoga ada lagi masa kami untuk reunion. dalam masa yang sama sempat juga dapat kawan baru.. hehe..
Dan buat sahabat ku FLORENCE a.k.a wen
SELAMAT PENGANTIN BARU.. SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.
amin..





!! SHARING IS GOOD !!

No comments:

Post a Comment