fuhh.. dah penat blogwalking aku sibuk terjah youtube pulak.kalau cerita pasal youtube perkara pertama aku tengok ialah ni CHANTING MANGGIS dari GB13. video ni masa 2nd leg sarawak vs pahang di stadium negeri sarawak dan ini kali ke berapa entah aku dah tengok sebab dalam banyak2 chant diorang ni yang paling aku suka.. " AWESOME " itu yang mampu aku katakan.
Inilah keistimewaan sarawak. Walaupun rakyatnya berbilang kaum, berlainan agama dan fahaman politik tetapi rakyatnya tetap mempunyai satu semangat. Buktinya sudah jelas disini..Berapa puluh etnik dan datang dari segenap pelusuk negeri sarawak yang hadir ke stadium masih boleh menyanyikan satu lagu dengan gerakan yang serentak tanpa sebarang latihan menyeluruh.. thats amazing. hahaha..
Aku bangga menjadi anak kelahiran bumi kenyalang,sekurang2nya masyarakat sarawak telah membukti bahawa sarawak sudah pun satu malaysia sejak dulu lagi.
1 sarawak 1 semangat (kredit GB13) |
bersatu berusaha berbakti.. untuk sarawak ku cintai
....................................................
Alangkah seronoknya jika semua ultras dan fans bola sepak setiap negeri begini,meriahnya sukan bola sepak malaysia kan??
majulah sukan untuk negara.